
Bantulah bukan dari NILAI RINGGIT YANG INGIN DISUMBANGKAN, TETAPI APAKAH BENTUK SUMBANGAN YANG ANDA INGIN SUMBANGKAN SECARA BERTERUSAN kepada KUCING & ANJING jalanan.
Alhamdulillah, sepanjang kami mulakan gerakan persatuan kami. Kami berjumpa ramai orang yang sangat peka dan prihatin terhadap haiwan jalanan ini.
Buktinya kami senantiasa mendapat panggilan dan wasap daripada orang awam mengenai kucing jalanan yang terbiar. pelbagai masalah yang dihadapi oleh haiwan ini. Antaranya…
Tidak lupa juga kepada korang yang senantiasa menyalurkan sumbangan dalam bentuk DONATION untuk memudahkan urusan kami dari segi pengangkutan, rawatan, makanan, gerakan petugas kesukareawan dan tempat tinggal bagi haiwan ini.
Kami sediakan platform Youtube untuk rujukan tuan-tuan dan puan-puan, sila ikuti youtube rasmi kami untuk update terkini PERTUBUHAN KASIH HAIWAN JALANAN
إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ
Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat ihsan kepada setiap sesuatu.
Riwayat Muslim (1955)
Demikian juga menzalimi kucing boleh membawa seseorang itu ke dalam neraka. Ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Abdullah bin ‘Umar R.Anhuma beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :
عُذِّبَتِ امْرَأَةٌ فِي هِرَّةٍ حَبَسَتْهَا، حَتَّى مَاتَتْ جُوعًا، فَدَخَلَتْ فِيهَا النَّارَ
Maksudnya: Seorang perempuan diazab disebabkan seekor kucing yang dia kurung sehingga ia mati kelaparan. Maka wanita tersebut masuk ke dalam neraka disebabkannya.
Beberapa perbuatan zalim yang dilakukan oleh perempuan ini kepada kucing tersebut disebutkan di dalam sambungan hadis di atas iaitu dikatakan kepadanya :
لاَ أَنْتِ أَطْعَمْتِهَا وَلاَ سَقَيْتِهَا حِينَ حَبَسْتِيهَا، وَلاَ أَنْتِ أَرْسَلْتِيهَا فَأَكَلَتْ مِنْ خَشَاشِ الأَرْضِ
Maksudnya : Kamu tidak memberi makan dan minum kepadanya ketika kamu mengurungnya. Begitu juga kamu tidak melepaskannya sehingga ia boleh makan serangga yang berada di tanah.
Riwayat Al-Bukhari (2365)
Marilah kita merancang bagaimana ingin mendapatkan saham pahala berterusan walaupun kita telah tiada di dunia ini.









Aktiviti ini telah dijalankan oleh sukarelawan



Semoga segala keprihatinan, perhatian dan sumbangan ikhlas tuan/puan ALLAH berkatinya dan membalasnya dengan sebesar-besar ganjaran, diberkati rezeki dan umur dengan keberkatan sedekah jariah ini.



PERTUBUHAN KASIH HAIWAN JALANAN MALAYSIA ( K.A.S.I.H )
(PPM-005-11-20082023)
LOT3533, JALAN BATU TUMBOH, KAMPUNG GONG KEPAS DALAM, 22200 BESUT TERENGGANU
Tel: 011-56750922
Email: pertubuhankasihjalanan@gmail.com
